Bola Logam Angkasa Jatuh Di Langit Namibia

| January 27, 2012 | 0 Comments

Bola Logam Angkasa Jatuh Di Langit Namibia | Sebiji bola logam yang besar jatuh dari langit ke kawasan padang rumput pedalaman Namibia, yang menyebabkan pihak berkuasa bingung lalu menghubungi NASA dan agensi angkasa Eropah. Bola logam luar biasa ini masih menjadi tanda tanya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Bola Logam Angkasa berongga dengan lilitan berukuran 1.1 meter telah ditemui berhampiran sebuah kampung di utara negara itu kira-kira 750 kilometer dari ibu kota Windhoek, menurut Pengarah Polis Forensik, Paul Ludik.

Penduduk tempatan telah mendengar beberapa letupan kecil beberapa hari sebelumnya, katanya. Dengan diameter 35 sentimeter, bola Logam Angkasa yang mempunyai permukaan yang kasar dan kelihatan terdiri daripada dua bahagian yang dikimpal bersama-sama. Ia dibuat daripada logam aloi yang dengan beratnya kira-kira 6 kilogram, kata Ludik.

Ia ditemui 18 meter dari tempat pendaratan. Mempunyai satu lubang berukuran 33 sentimeter dalam dan 3.8 meter lebar. Beberapa bola Logam Angkasa seperti itu telah jatuh di beberapa kawasan seperti di Afrika Selatan, Australia dan Amerika Latin dalam tempoh dua puluh tahun yang lalu.

Sfera itu ditemui pertengahan November, tetapi pihak berkuasa mula-mula melakukan ujian sebelum mengumumkannya. Timbalan Inspektor Polis, Jeneral Vilho Hifindaka menyimpulkan sfera itu tidak menimbulkan apa-apa bahaya. “Ia bukan bahan letupan malah berongga, tetapi kita terpaksa menyiasat dahulu semua ini,” katanya.

Melayukini.net – Bentuk bola Logam Angkasa tersebut seolah-olah menyerupai sebuah bentuk bebola kapal besar yang berlabuh. Kejadian misteri ini mengingatkan kepada kita bahawa, seperti terdapat suatu kehidupan misteri di angkasa yang sehingga kini tiada siapa yang dapat merungkainya.

Sumber: Majalah Biar Betul | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *