Pelik! Serangga Terbesar Di Dunia

| February 17, 2012 | 2 Comments

Pelik! Serangga Terbesar Di Dunia | Serangga secara normalnya mempunyai saiz bentuk yang kecil. Tetapi terdapat serangga yang mana ia menyerupai cengkerik yang sangat besar dan juga merupakan serangga terbesar di dunia. Ia seberat tiga ekor tikus dan lebih besar dari beberapa jenis burung. Jika kita lihat gambar di bawah ini, hampir sebesar tapak tangan manusia. Gambar menunjukkan serangga ini sedang diberi makanan lobak merah.



Panjang sayap serangga itu 7 inci tetapi lihatlah serangga itu di atas tangan manusia, ia seperti makhluk asing. Mujurlah, Giant Weta hanya boleh dijumpai di Pulau Little Barrier di New Zealand.

Pulau itu sebenarnya membantu Giant Weta menjadi sangat besar kerana di situ tidak ada banyak pemangsa dalam habitatnya. Giant Weta itu ialah yang terbesar pernah ditangkap gambar dan dijumpai oleh pengembara bernama Mark Moffett.

Mark memberanikan diri memegang Giant Weta berkenaan dan memberikannya makan lobak.

Melayukini.net – Walaupun serangga atau dikenali sebagai Giant Weta  mempunyai saiz yang besar, ia bukanlah serangga yang mempunyai ancaman terhadap manusia. Ia masih lagi terikat dengan rantai makanan seperti serangga yang lain. Cuma apa yang uniknya, ia boleh makan lobak merah yang besar.

Sumber: Amek Kaw | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Rmz says:

    alahh pic cam nie leh edit lol….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *