5 Kanak-Kanak Yang Luar Biasa – Part 2

| March 25, 2012 | 2 Comments

Melayukini.net – 5 Kanak-Kanak Yang Luar Biasa – Part 2 | Sambungan daripada part 1 (LINK) berkisarkan tentang insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Kali ini Melayukini.net akan memaparkan kanak-kanak yang mempunyai kelebihan luar biasa untuk part 2. Jom lihat gambar kanak-kanak luar biasa dunia di bawah ini :

1. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard ketika masih di Sekolah Menengah

Lahir di New York dan membesar di Omaha pada tahun 1940. Genius satu ini, ketika darjah empat dia sudah menguasai algebra, ketika akhir Sekolah Rendah dia sudah pandai geometri, kalkulus dan falsafah. Ketika Sekolah Menengah dia memperolehi surat tawaran kerja dari Harvard sebagai pensyarah, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.K ripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Falsafah. Sekarang, dia dinobatkan sebagai ahli falsafah terbesar dalam sejarah.

2. Michael Kevin Keaulus :Menamatkan pengajian ketika berumur 10 tahun

Kevin lahir pada tahun 1984, dia menamatkan pengajian pada umur 10 tahun. dan tercatat sebagai sarjana termuda. dia mengajar universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin popular ketika dia memenangi sebuah quiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji minda/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan online tersebut.

3. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun

Seorang kanak-kanak berwarga negara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh Grandmasternya,pada usia 14 tahun 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.Dan pada bulan April 2009, dia memperolehi Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai orang yang memperolehi ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal tersebut dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

4. Willie Mosconi : Pemain Billiard Professional pada usia 6 tahun

Mendapat gelaran “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain, dia sering bermain dengan batang penyapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, dia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya. Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun. Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi sukan yang terkenal.

5. Elaina Smith : Penyiar Radio berusia 7 tahun

Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan dengan kekasih, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan banyak lagi yang lainnya.

Melayukini.net – Teringat pada kanak-kanak yang Adi Putra yang sangat genius dalam ilmu Matematik sehingga mendapat perhatian dari seluruh rakyat Malaysia. Itulah kehebatan yang dia miliki atas kurniaan Allah SWT. Nantikan sambungan untuk part 3 pula.

Sumber: Dunia Sabri | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Hanis says:

    wow! hebatnya… 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *