Robert Panjat Bangunan Di Jakarta

| March 26, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Robert Panjat Bangunan Di Jakarta | Siapa yang tidak kenal dengan Robert yang gemar memanjat bangunan tinggi sehingga diberi jolokan spiderman. Hobi yang sungguh ekstrim itu mengundang bahaya kepada dirinya kerana tidak menggunakan tali keselamatan. Dia  juga pernah memanjat bangunan Menara Kembar Petronas (KLCC) beberapa tahun yang lalu. Sebelum ini Robert pernah memanjat di menara Abu Dhabi (LINK). Tetapi kali ini berita yang terkini, Robert baru sahaja melakukan aksi memanjat bangunan 50 tingkat setinggi 215 meter di Jakarta.

Bagaimanapun, Robert, 49, menggunakan tali dan abah-abah semasa dia memanjat bangunan Menara Bakrie itu.

Sebelum ini, dia terkenal kerana memanjat sejumlah bangunan tinggi tanpa menggunakan tali dan kelengkapan keselamatan.

Menurut portal berita tempo.co, dia mula memanjat pada pukul 10.25 pagi dan berjaya tiba di atas bangunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari.

Dia memanjat bangunan tersebut selepas diundang oleh pihak pengurusan syarikat televisyen swasta, antv.

Portal berita Gatra melaporkan, Presiden antv, Dudi Hendrakusuma, pihak berkuasa tidak akan membenarkan Robert memanjat jika dia tidak memakai peralatan keselamatan.

Beliau berkata, pihak polis memberlikan kelulusan untuk memanjat tiga hari lalu. Robert diundang memanjat bangunan itu sempena ulang tahun ke-19 antv. Lagi gambar Alain Robert manusia labah-labah memanjat bangunan di Jakarta, Indonesia.



Melayukini.net – Robert juga pernah memanjat bangunan antaranya ialah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu di Sabah; Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur; Hotel Vermont di Rio de Janeiro, Brazil dan Menara Wilis, Chicago di Amerika Syarikat.

P.S. I – Sedih! Kisah Suami Yang Sampai Hati Berlaku Curang Ketika Isteri Sarat Mengndung! (LINK)
P.S. II – Betul Ke? Anjing Ni Boleh Kesan Kanser Dengan Hanya Cium Bau Badan Manusia. Jom! (LINK)

Sumber: Kosmo | Layari Berita Luar Negara Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *