(Video Ngeri) Polis Trafik Dilanggar Bas Laju Hingga Mati

| March 28, 2012 | 19 Comments

(Video Ngeri) Polis Trafik Dilanggar Bas Laju Hingga Mati | Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.

Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.

Mungkin selama ini ramai di kalangan masyarakat sering memaki hamun para pegawai polis trafik yang bertugas dengan pelbagai kata-kata kesat kerana disaman setelah melakukan kesalahan di jalanraya.

Namun apa yang masyarakat terlupa bahawa para anggota polis trafik di seluruh negara dibayar gaji untuk menunaikan amanah tersebut dan terpaksa bersabung nyawa berkhidmat kepada rakyat negara ini selain mencari ‘sesuap nasi’ untuk anak serta isteri masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir dari mereka yang dibuktikan menyalahguna kuasa dan menerima rasuah dari pesalah trafik, namun wajarkah kita menabur persepsi buruk terhadap semua anggota trafik di negara ini?

Cuba bayangkan perasaan kita jika ayah, abang, ibu, kakak atau saudara mara yang kita sayangi bertugas sebagai anggota polis trafik dimaki hamun ‘sesedap rasa’ sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka yang diamanahkan?

Gembira? Suka? Sedih? Kecewa? Malu? Atau apa? Justeru, fikir-fikirkanlah tentang persepsi masing-masing terhadap para anggota polis trafik yang banyak berjasa kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira tempat, masa atau keadaan.

Sumber: Mynewshub via Informasi MY | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (19)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Fad says:

    Aku setuju dgn admin……….jika nak mengutuk pun,jgn lah tulis semua polis jahat…..Arwah bapaku pun seorang pegawai polis…abg2 ku pun polis…….

  2. alisharesidence says:

    Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

  3. Dil says:

    lori putih tu pun kena rempuh gak!! driver bas tu mabuk ke ape??

  4. ascariz says:

    bas tu brek dah..tp xdpt ugak stop. 2 yg die langgar smua tu. aku rase die bwk laju tahap gaban la.

  5. zayn malik says:

    bas memang suka bawa laju, dekat putrajaya banyak bas bawa laju macam tu. aku bawa motor pun takut tengok laju bas tu

  6. Aesha says:

    mmg la mencari sesuap nasi, tapi yg perangai mcm babi ade jgk, bkan semua baik, terima rasuah dikira mencari rezeki halal jgk ke? menyusahkan org yg mmg susah,, tapi org kaya, kereta besar yang berdesup kat highway tu? ade ke nk saman? yang naik motor cc besar tu, merempit jugak, ade ke tahan chek ic lesen? polis yg macam tu bodoh namenya

  7. kella says:

    betul….x semua polis trafik makan rasuah….dorang pon mcm penjawat awam lain jugak…bekerja cari rezeki ntuk family dorg…

  8. Trolololol~ says:

    Aesha
    dey…mmg la betul ad polis yg mkn rasuah atau salah gunakan kuasa…tp xsmue polis yg cmtu…bleh ke ko nk ckp,ramai je manusia yg hati busuk….so ko pn terpalit skali ke dgn hati busuk tu???jgn la nk judge org sesuka hati…tlg la tingkat kn lg pemikiran anda tu….pls think positif…kalo ad ramai org yg berfikiran negatif mcm tu,mmg xde sape lg la yg sanggup nk jd polis….n lps tu keselamatan manusia kt dunia ni dh ditahap kritikal dh….pandai2 la anda fikir sndr…..

  9. khairul says:

    drpd korng nk bertelegah psal polis mkn rasuah la,mcm ba alif ba ya la,baikla korg sdekahkn al-fatihah..smoga roh nya dirahmati allah swt..ape da..

  10. mummyirfan says:

    kesian polis trafik dlm hujan panas bertugas utk bagi keselesaan pada kita semua, dlm setandan pisang bukan semuanya busuk, pegalaman paling manis pernah dilihat dgn mata sendiri bila masa tu jem giler dgn hujan lebat baru reda, kebetulan azan magrib berkumandand, dlm bulan poser pulak tu, ada seorang pemandu kereta keluar dan hulurkan air mineral pada pegawai polis yang berdiri tengah hujan untuk berbuka puasa………….terharu sangat2 sebab pemandu tu prhatin dan bertimbang rasa………

  11. sam says:

    Segala kerja mereka di bayar (makan gaji). berkhidmat untuk…

  12. ZACK says:

    saya nak kongsi sikit cite. 3 bulan lepas saya lalu kat highway MATRAMADE dan memandu dengan kelajuan 70KM/H. Bila saya sampai di depan tol RM0.50(yang dah roboh tu) ada polis buat roadblock. saya diminta ketepi dan tanpa banyak bicara salah seorang polis trafik tu menyaman saya tanpa saya tau apa kesalahan saya. bila saya tanya apa kesalahan saya, polis tu kata saya memandu laju. saya tanya brape kelajuan saya.polis tu memberitahu saya memandu dengan kelajuan 104KM/H. Saya ada bukti yang saya memandu 70KM/H kerana sewaktu itu isteri dan rakan2 saya turut berada didalam kereta, mereka juga turut berasa pelik dengan kenyataan polis tu. Bila saya minta bukti dari polis trafik tu, polis tu x dapat nak tunjukkan bukti taspi tetap menyaman saya. Persoalannya dimanakah polis trafik sewaktu jalan di MATRAMATE tu JAM dengan teruk. kenapa waktu jalan tu lengang baru sibuk nak duduk kat situ saman orang. Renung2kan lah….

  13. robert says:

    polis traffic tu pakai cukup ke safety? malam kena pakai reflector, duduk tgh2 jln tanpa ada sign, kereta/motor kena pasang lampu yg pusing2 tu biar semua org nampak.
    kes ni berlaku sebab pemandu bas tak nampak anggota yg sedang bertugas dijalanraya
    kena pikit jg risiko……tinggi ke rendah…

  14. gabrilondo says:

    justeru itu, semua polis berhentilah minta dan terima rasuah.
    jagn burukkan nama polis, kenangi lah pengorbanan rakan anda ini

  15. samsudin ghani says:

    orang yang kutuk polis adlah bangsa yang tak nak ada undang, dan sentiasa melangar undang2 untuk kepenting peribadi, kalau kena rompak, ugut, dan lain2 masa tu lah baru cari polis…

  16. Nizam says:

    kpd pemandu bas dan lori…bawalah kenderaan2 tersebut dgn amat laju skali…supaya pengguna2 lain dpt anda bunuh dgn sewenang2nya…kerana anda tidak perlu memikirkan kenderaan2 yg lebih kecil dr kenderaan kamu…krn kamu pikir..kenderaan kamu besar…tiada kenderaan kecil lain yg mampu langgar kenderaan kamu…kamu menjadi sombong,bongkak dan angkuh…cuma… diakhirat nnt kamu akan dpt pembalasan yg setimpal diatas sikap ego kamu sendiri…

  17. Moga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman

  18. saipul says:

    FIKIRKAN…orang yg memaki hamun polis apabila kena saman , salah sendiri nak marah orang lain , bangang punya orang . Polis terima rasuah…sapa yg beri rasuah…? 2x bangang punya orang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *