Wanita Dikurung 7 Bulan di Neraka Dunia

| March 25, 2012 | 2 Comments

Melayukini.net – Wanita Dikurung 7 Bulan di Neraka Dunia | Sudah menjadi fitrah manusia, apabila kaum wanita itu sering menjadi perhatian bagi kaum lelaki. Oleh kerana itulah, Islam mewajibkan kita suapaya menutup aurat seperti yang digariskan sebelum ini. Namun terdapat suatu kejadian ngeri apabila seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.


Statistik jenayah rogol yang amat menakutkan di Malaysia

Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

Melayukini.net – Sebagai seorang wanita, adakalanya benar kejadian yang menimpa sukar diduga. Namun sebagai langkah keselamatan, elakkan dari mengamalkan cara pemakaian yang tidak menutup aurat kerana ia mengundang nafsu bagi sesetengah golongan lelaki. Sekurang-kurangnya kita mencegah sebelum terkena. Ini bukan kes pertama, kerana semalam pun dah jadi juga di Area Kepong: Kisah Tragis Teksi Jahanam (LINK). Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari kejahatan manusia seperti ini.

P.S. I – Menakjubkan! Gambar smpadan antara 2 lautan utama dunia. Mari kita saksikan!
P.S. II – Betul ke ni? Ikan duyung hodoh dijumpai terdampar di tepian pantai. Jom kita pastikan!

Sumber: Harian Metro | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. budakbarubelajar says:

    …Astaghfirullah… Kasihan Gadis tersebut, hikmah dunia untuk dijadikan pengajaran dan ingatan kepada kita semua. Cuma nak komen Ayat Neraka tu tidak patut digunakan. Dunia dan Neraka adalah berbeza. Ada banyak lagi perkara yang lebih teruk daripada perkara di atas sebenarnya. Tapi semua tu tak sama dengan Neraka. Dunia adalah Dunia. Di Dunia tidak ada Neraka. Neraka adalah di Akhirat kelak. Maaf jika ada salah silap, saya pun budak baru belajar,mungkin pandangan tak jelas atau sebagainya. Sila betulkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *