Pelik! Gadis Yang Gemar Makan Rambutnya Sendiri

| April 29, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Pelik! Gadis Yang Gemar Makan Rambutnya Sendiri | Seperti sebelum-sebelum ini kita pernah membaca mengenai kisah individu yang gemar memakan sabun, makan sofa, dan sebagainya. Tetapi kali ini pelik pula yang terjadi kepada seorang gadis yang mempunyai tabiat memakan rambutnya sendiri.

Menurut Ketua Pengarah Hospital al-Amal, Hudaida, Yaman Abdul Majeed al-Yusfi mengesahkan doktor hospital itu telah berjaya mengeluarkan 1.5 kilogram rambut dari seorang pesakit wanita yang menderita sakit perut dan muntah selama 20 tahun.

Pesakit berumur 27 tahun itu mempunyai tabiat pelik iaitu suka memakan rambutnya sendiri sejak berumur tujuh tahun.

Rambut itu dikesan apabila wanita yang enggan identitinya didedahkan itu melakukan pemeriksaan x-ray dan diagnosis untuk mengenal pasti penyakit yang dihidapinya.

Sebaik sahaja doktor al-Amal mengenal pasti punca penyakit wanita itu disebabkan rambutnya, wanita itu terus menjalani pembedahan. Menurut Abdul Majeed, itu merupakan kes pertama di hospital berkenaan.

Melayukini.net – Tindakan gadis tersebut yang gemar memakan rambut mengakibatkan rambutnya terkumpul di dalam perut sehingga mencapai berat 1.5 kilogram. Sudah pastinya rambut tidak boleh dihadam di dalam perut.

P.S. I – 14 Sikap Suami yang Tidak Digemari oleh Isteri
P.S. II – Menakjubkan! Pernaht engok tak gambar langit dunia runtuh?Jom kita saksikan!
P.S. III – Gambar Pokok Rasulullah SAW Berteduh

Sumber: Mummy Nemo | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *