Pelik! Kucing Yang Hanya Makan Sayur

| April 27, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Pelik! Kucing Yang Hanya Makan Sayur | Kalau dah nama pun kucing, pantang nampak ikan yang berada di hadapannya. Sudah menjadi fitrah, kucing memang gemarkan makanan seperti ikan, daging dan sebagainya. Kadang-kdang kalau betul ia lapar, biskut pun dia telan. Tetapi kali ini lain pula jadinya, seekor kucing dari Norwich, Britain menghairankan orang ramai selepas hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan organik.


Kucing yang dinamakan Dante itu enggan menjamah makanan tradisi pemakanannya seperti ikan dan daging apabila ditemui oleh seorang wanita, Becky Page di tempat pembuangan sampah.

Menurut wanita itu, Dante yang berusia dua tahun gemar memakan tembikai, pisang, asparagus, brokoli, tauge dan isi ubi kentang mentah yang ditanam sendiri di kebunnya.

Pakar-pakar haiwan yang terkejut dengan tabiat pemakanan kucing itu mengesahkan kejadian seperti itu amat jarang berlaku tetapi gagal menerangkan punca fenomena tersebut terjadi.

“Saya belum pernah mendengar kucing yang tidak memakan daging. Haiwan itu tidak mungkin menjadi pemakan sayur,” kata pengarah sebuah pusat veterinar, Maggie Roberts.

Melayukini.net – Wah kucing ini boleh digelar kucing vegetarian kerana hanya makan sayur. Tuan kucing pun tak perlu nak beli makanan kucing yang lain. Untuk menjimatkan duit, boleh menanam sayur di belakang rumah. He He..

P.S. I – 14 Sikap Suami yang Tidak Digemari oleh Isteri
P.S. II – Menakjubkan! Pernaht engok tak gambar langit dunia runtuh?Jom kita saksikan!
P.S. III – Gambar Pokok Rasulullah SAW Berteduh

Sumber: Bryan Nemo | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *