Gurauan Ibu Bapa Bawa Padah (Video)

| May 21, 2012 | 1 Comment

Melayukini.net – Gurauan Ibu Bapa Bawa Padah | Bergurau sememangnya perlu ada pada bagi setiap orang. Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturrahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Sememangnya menjadi fitrah, penerimaan seseorang itu tidaklah sama dalam bergurau. Namun terdapat sepasang suami isteri yang menjadikan gurauan itu sebagai satu padah.

Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama lima minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain. Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26,000 pengguna Internet setakat ini.

Melayukini.net – Setakat ini kita masih lagi tidak mengetahui apakah status kanak-kanak yang berada dalam mesin basuh automatik itu. Mengikut rakamana CCTV, bapanya telah membawa anaknya terus ke hospital sejurus selepas berjaya dikeluarkan. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menyalahkan bapanya 100%, dan dia sendiri tidak menyangka mesin basuh automatik itu bergerak secara tiba-tiba. Semoga kanak-kanak itu selamat.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Zaid says:

    gurauan menjadi trajedi ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *