Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

| May 21, 2012 | 2 Comments

Melayukini.net – Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran | Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.

Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

Melayukini.net – Subhanallah! Kuasa Allah SWT yang telah menunjukkan suatu keajaiban terhadap seorang ibu yang melihat kelahiran anaknya itu membawa satu bentuk hidayah. Walaubagaimanapun, admin tidak mendapat gambar yang khusus terhadap wajah al-Quran secara jelas. Semoga bayi ini menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.

P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh

Sumber: Mr Belia | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ade says:

    Subhanallah……. allah maha segala-galanya

  2. Ahkam says:

    Tempatnya di mana nich????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *