Ular Sawa Gergasi 7 Meter di Maran

| May 21, 2012 | 1 Comment

Ular Sawa Gergasi 7 Meter di Maran | Kalaulah tidak kerana Rahim Johari, 28, entah berapa ekor lembu akan jadi mangsa ular sawa batik sepanjang 7 meter (23 kaki) dengan berat 85 kilogram yang dilihatnya di Kampung Baru Pertanian, di sini, malam kelmarin.


Ular sawa yang telah membaham beberapa ekor lembu milik orang kampung.

“Seumur hidup, tak pernah saya tengok ular sebesar dan sepanjang itu,” kata Rahim yang masih dengan wajah terkejut ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Menurutnya, ketika ­terserempak dengan ular itu, sang sawa sedang menyusur masuk ke sebuah kandang lembu. Saya segera hubungi JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Kalau tidak, tentu ada lembu yang sudah kena baham,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JPAM Daerah Maran, Sa’abar Mat Amid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa itu pada jam 9.30 malam dan lima anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi dilaporkan. “Anggota kita cuba menangkap ular sawa itu ketika ia sedang cuba membaham seekor anak lembu,” katanya.


Anggota JPAM Maran menunjukkan ular sawa batik sepanjang 7 meter dengan berat 85 kilogram yang berjaya ditangkap, kelmarin.

Bagaimanapun kata Sa’abar, kecekapan anggota JPAM akhirnya berjaya memerangkap sang sawa itu tanpa sebarang kecederaan. “Keprihatinan ditunjukkan individu berkenaan amat kita hargai kerana berjaya mengelak daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk dan merugikan,” katanya.

Melayukini.net – Harap-harapnya ular yang telah ditangkap itu tidak dibunuh la ye. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita sebagai manusia kena la berbuat baik kepada semua makhluk. Tak gitu?

P.S. I – 5 Pantai Paling Popular Dunia
P.S. II – “Syurga” Untuk Peminat Makanan Pedas!
P.S. III – 5 Masjid Tercantik Di Dunia

Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Ular Sawa Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. el serpentios says:

    Apa kata lepaskan ular sawa tu ke dlm hutan tebal lebih2 lagi yg diketahui ada tedung selar…tengok sapa baham sapa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *