Subhanallah! Buah Kelapa Bertunas Pokok Pisang

| June 4, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Subhanallah! Buah Kelapa Bertunas Pokok Pisang | Kalau di kampung-kampung, kita biasa akan melihat buah kelapa akan bertunaskan pokoknya sendiri. Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Sumatera Selatan. Ini kerana mereka semua terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang. Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.

Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu. Menurut Edi, sebelum dia menemui buah kelapa itu, dia terhidu bau bunga melati.

“Ekoran bau bunga itu sangat kuat, saya dan Komar berusaha mencarinya tetapi sebaliknya menemui buah kelapa ini,” katanya kepada Sripoku.com. Edi berkata, buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.

Melayukini.net – Kejadian seperti ini sememangnya amat jarang sekali kita dengar. Akan tetapi kisah-kisah pelik yang berkaitan dengan pokok pisang banyak juga yang ktia dengar. Semua ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Lagi Cerita Mengenai  Pokok Pisang Yang Pelik :

I – Subhanallah! Jantung Pisang Tumbuh Tanpa Daun
II – Pelik! Pokok Pisang Ada Tiga Tandan Dan Lima Jantung

P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh

Sumber: X Lupa | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *