Gambar McDonald Puncak Alam Kena Rompak

| July 2, 2012 | 1 Comment

Melayukini.net – Gambar McDonald Puncak Alam Kena Rompak | Adakah Malaysia boleh dikira sebagai sudah tidak selamat? Rasanya Malaysia masih lagi di bawah kawalan keselamatan yang baik dari pihak polis. Cuma sebagai rakyat Malaysia kita perlu sentiasa berhati-hati terutamanya jika berada di kawasan yang boleh terdedah kepada bahaya seperti jalan sunyi, kedai yang tidak ramai orang terutama pada waktu malam dan sebagainya. Terdapat satu kejadian rompakan yang mana ia berlaku di McDonald Puncak Alam.

Ia merupakan berita yang menggemparkan dimana insiden rompakan yang berlaku pada pagi 1 Julai 2012. Menurut mangsa, rompakan dilakukan oleh 5 orang perompak bersenjatakan parang dan mereka merampas laptop serta harta benda pelanggan dan juga mesin wang di Mcdonalds.

Penjenayah memakai topi keledar jadi sukar untuk mengenal pasti wajah penjenayah tersebut. Saksi berkata penjenayah menggunakan kereta Proton Satria hitam yang bernombor WHU 3832. Kalau ada ternampak tu sila laporkan segera kepada polis. 2 pelajar perempuan masih trauma akan kejadian rompakan itu. Walau bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dilaporkan.

Melayukini.net – Jika sebelum ini kita ada biasa mendengar rompakan di kedai-kedai mamak, McDonald juga tidak terlepas dari sasaran perompak. Diharap kepada semua pihak dapat mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Elakkan dari melepak di kedai sehingga lewat pagi, bimbang ada kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.

P.S. I – Pelik! Muzium Bawah Laut di Cancun.
P.S. II – 10 Kubur Terpelik Di Dunia. Seram!
P.S. III – Saintis Menjumpai Kehidupan di Planet Marikh?

Sumber: Melvister | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mohamad sadiq says:

    Bilangan anggota keselamatan perlu di tambah lg dan meletakan anggota2 keselamatan ni di setiap kawasan yg mnjadi tumpuan pengunjung dan kawasan2 yg beroperasi 24 jam…semakin maju sesebuah jenayah semakin byk kadar peningkatan jenayah…dlm mngambil lgkah2 mnjaga keselamatan org awam juga perlu berhati2 dan selalu mngmbil langkah2 awal..tp kalau dlm malaysia nih di jalankan hukum hudud nescaya kadar peningkatan jenayah akan berkurang..hukum Allah adlh sebaik2 hukum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *