Luar Biasa! Kanak-Kanak Buta Fasih 4 Bahasa

| July 13, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Luar Biasa! Kanak-Kanak Buta Fasih 4 Bahasa   | Jika Allah berkehendakkan sesuatu kepada makhluk penciptaNya, Dia akan berikan. Satu kisah di mana seorang budak perempuan buta yang fasih dalam empat bahasa menjadi jurubahasa termuda yang bekerja di Parlimen Eropah. Apa yang luar biasanya kanak-kanak tersebut baru berusia 10 tahun. Alexia Sloane, dari Cambridge hilang penglihatannya semasa berusia dua tahun selepas didiagnoskan menghidapi barah otak ketika bercuti di Perancis.

Walaupun cacat, budak perempuan ini cemerlang dalam bahasa. Pada usia 10 tahun dia fasih dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Mandarin. Kini Sloane sedang mempelajari bahasa Jerman.

Alexia memenuhi impiannya untuk bekerja sebagai jurubahasa selepas Ahli Parlimen Eropah Timur England, Robert Sturdy menjemputnya ke Parlimen Eropah di Brussels.

“Terdapat syarat umur minima untuk memasuki Parlimen Eropah iaitu 14 tahun. Jadi untuk Alexia menterjemah di sana pada usia 10 tahun adalah menakjubkan,” kata Isabelle, ibu kepada Alexia.

Alexia boleh bertutur dalam tiga bahasa sejak lahir kerana ibunya adalah separuh Perancis dan separuh Sepanyol manakala bapanya Richard ialah Inggeris.

“Dia sentiasa sangat bagus dalam bahasa-bahasa dan telah menunjukkan minat dari usia sangat muda,” Isabelle menambah. Ibu berkenaan juga mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun, Melissa.

Alexia pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang jurubahasa sejak berusia enam tahun dan telah dipilih untuk  ke Parlimen Eropah sebagai hadiah apabila dia memenangi Anugerah Komuniti Tahunan Pencapai Remaja.

Dia bertanya jika dia boleh mengikut jurubahasa. Ahli Parlimen Eropah Robert Sturdy kemudiannya  bersetuju untuk membawanya sekali sebagai tetamu.

“Ia sangat hebat dan sekarang saya benar-benar berazam untuk menjadi seorang jurubahasa,” kata Alexia.
“Tiada apa-apa yang boleh menghentikan saya.”

Melayukini.net – Satu perkara yang luar biasa sebenarnya kerana dengan usia yang begitu muda, kanak-kanak ini mampu menguasai 4 bahasa. Tambahan lagi, kanak-kanak ini turut mengalami masalah penglihatan iaitu buta sejak berumur 2 tahun lagi. Dirinya boleh dianggap unik kerana mempunyai kelebihan seperti ini walaupun terdapat sedikit kekurangan.

P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!

Sumber: Billy Info | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *