Pelik! Budak Perempuan Gemar Makan Bata Dan Mentol

| July 31, 2012 | 1 Comment

Melayukini.net – Pelik! Budak Perempuan Gemar Makan Bata Dan Mentol | Sudah banyak kita mendengar pelbagai cerita mengenai selera pemakanan terhadap sesetengah individu itu. Terdapat satu kes di Terre Haute, US yang mana seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut. Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.


Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya. Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat. Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.”

Melayukini.net – Kadang-kadang kita sendiri tidak menjangka bagaimana selera kanak-kanak ini berbeza sekali dengan manusia normal yang lain. Gemar makan bata dan mentol ternyata satu tabiat yang paling pelik di dunia ini dan ia perlu dikawal bimbang termakan makanan yang beracun.

Antara Kes Lain Yang Mempunyai Tabiat Makan Yang Pelik :

1) Budak 5 Tahun Boleh Mengunyah Apa Sahaja

2) Pelik! Wanita Yang Gemar Makan Batu

3) Tabiat Pelik Suka Makan Bangkai Haiwan

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Woot Media | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Pemuas Nafsu says:

    nie tandanya dunia dah abizz makanan haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *