Pelik! Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing (Foto+Video)

| July 27, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Pelik! Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing (Foto+Video) | Terdapat sebuah berita melaporkan mengenai pakar perubatan di China yang telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing. Ia bukanlah mata hiasan seperti yang digunapakai iaitu contact lens bagi sesetengah individu. Boleh tonton video di atas.

Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan.

Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

Melayukini.net – Indahnya ciptaan Allah SWT. Jika dilihat dari ujian pakar perubatan tersebut, mata Youhui seperti mempunyai persamaan dengan mata kucing yang mana ia mampu melihat secara jelas ketika berada dalam keadaan gelap. Itu antara kelebihan yang terdapat dalam dirinya.

P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh

Sumber: Billy Info | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *