Pelik! Makhluk Ganjil Menyerupai Monyet Ditemui

| August 14, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Pelik! Makhluk Ganjil Menyerupai Monyet Ditemui  | Sekali pandang mirip seperti kucing pula. Namun bentuk badan fizikalnya sangat besar. Haiwan ganjil dan pelik ini kemudiannya ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis. Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya. Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya

Melayukini.net – Mungkin kita tertanya-tanya dari manakah asal usul haiwan ini. Mungkin ia memang wujud sebelum ini dan spesisnya agak sukar ditemui. Ada sesiapa di sini yang mengetahui haiwan apakah ini kerana ia memang tidak pernah dijumpai sebelum ini.

P.S. I – 5 Makanan Paling Popular di Malaysia
P.S. II – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III – Menakjubkan! Tasik Ais Berbatu di Planet Marikh

Sumber: Woot Media | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *