Pelik! Seekor Burung Mempunyai Dua Kepala Dan Tiga Paruh

| August 11, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Pelik! Seekor Burung Mempunyai Dua Kepala Dan Tiga Paruh  | Melihat ciptaan Tuhan yang tidak normal bukanlah satu tanda ciptaan Allah itu gagal. Tetapi ia mempunyai keunikan sendiri. Sebelum ini juga Melayukini.net pernah menyiarkan artikel Burung Luar Biasa Walaupun Lehernya Hampir Putus (LINK). Samalah seperti kejadian yang mana seekor anak burung dengan dua kepala dan tiga paruh telah dijumpai di satu kawasan kediaman yang terletak di Northampton. Ia dijumpai oleh seorang wanita bernama April Britt. Jom lihat gambar di bawah ini.

Britt menyedari kehadiran burung ini apabila ianya sedang berkicau pada dahan pokok di belakang rumahnya dan beliau sempat mengambil beberapa gambar. Setelah beberapa jam kemudian, beliau menemui anak burung ini jatuh ke tanah dan meletakkannya semula di atas pokok namun ianya hilang pada keesokan harinya.

Sebenarnya anak burung ini adalah dari jenis burung Cardinal dan ianya mengalami kecacatan. Sangat sayang sekali, mungkin peluang untuk anak burung ini hidup sangat tipis kerana kecacatan yang dialaminya.

Melayukini.net – Kita perlu akui tiada yang pelik berlaku di dunia ini, kerana semuanya adalah ciptaan Allah SWT. Namun kita bagi seorang manusia yang kerdil ini, penggunaan perkataan pelik menggambarkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak pernah melihatnya sebelum ini. Ia secara tidak langsung membuka mata kita tentang keunikan ciptaan Allah SWT.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tiba2jam6petang | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *