Kasihan! Mengapakah Remaja Ini Sentiasa Diikat

| September 26, 2012

Melayukini.net – Kasihan! Remaja Ini Sentiasa Diikat  | Apabila kita melihat seorang lelaki bergelar datuk bertindak mengikat cucunya, adakah kita mahu terus menghukum kejam terhadapnya? Sebenarnya remaja ini diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, dan terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual. Kasihan bukan? Terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar.

JIANG terpaksa diikat pada kenderaan datuknya bagi memudahkan dia diawasi pada setiap masa.

TANPA ibu bapa, Jiang terpaksa bergantung kepada datuknya untuk segala keperluan di rumah mereka yang serba daif di Fuzhou.

Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar.

Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.

“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.

“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.

“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.

Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang.

Melayukini.net – Jika kita berhadapan dengan kemiskinan, segala perkara yang mahu dilakukan adalah terbatas. Benar untuk hidup kita perlukan wang, dan ia saling memerlukan di antara kedua-duanya. Rezeki memang ada di mana-mana sahaja. Jadi datuk ini yang berhadapan dengan kemiskinan tidak menjadikan alasan untuk keluar mencari rezeki. Apa yang dia tahu hanyalah untuk mencari sesuap nasi demi dia dan cucunya.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Harian Metro | Layari Berita Luar Negara Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Comments are closed.