Pelik! Benarkah Lembu Ini Yang Paling Kecil Di Dunia?

| September 25, 2012

Melayukini.net - Pelik! Benarkah Lembu Ini Yang Paling Kecil Di Dunia? | Secara normalnya seekor lembu jantan dewasa sudah tentu mempunyai saiz yang agak besar. Namun di London terdapat seekor lembu yang dikatakan paling kecil di dunia. Seekor lembu jantan yang berusia 29 bulan dan berasal dari County Antrim, Ireland Utara ini telah diiktiraf sebagai seekor lembu terpendek dan terkecil di dunia serta menepati ciri-ciri yang ditetapkan di dalam Guinness World Records 2013.

Lembu berkenaan hanya berukuran 76.2cm (30 inci) dan 15 inci lebih pendek berbanding lembu jantan baka lain yang lazimnya berukuran 45 inci. Dengan ketinggian tersebut, lembu berkenaan telah dianggap kerdil di dalam ladangnya dan mempunyai saiz lebih kurang seperti seekor anjing dan kambing.

Archie mungkin kelihatan kecil, namun itu tidak sekali-kali menjejaskan keyakinannya. Ryan menjelaskan,”Archie tidak sedar bahawa dia sebenarnya kerdil. Dia asyik berpendapat bahawa dia merupakan seekor binatang yang terbesar dalam kumpulan itu dan dia akan mengomel dan mengaum kepada haiwan lain.”

“Secara umumnya, lembu ini selesa dengan persekitarannya dikelilingi oleh haiwan lain terutamanya dengan kuda dan kambing, dan sekiranya ada sesuatu yang mengancamnya, dia akan pergi menyerang ancaman tersebut – walaupun ia kelihatan kecil, dengan berat 155kg, ia boleh mencederakan.”

Melayukini.net – Memang ternyata lembu ini adalah antara lembu yang terkecil dan terpendek di dunia. Saiznya lebih kurang seperti seekor kambing. Namun begitu, ia juga mempunyai saiz yang agak besar dan berisi tidak seperti seekor kambing. Kecil-kecil pun, lembu ini juga boleh menyerang sekiranya terasa dirinya diancam.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Dry Sheet | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.