Pelik! Kuku Tumbuh Melalui Liang Roma

| September 2, 2012

Melayukini.net – Pelik! Kuku Tumbuh Melalui Liang Roma  | Seorang pelajar universiti telah menghidap satu penyakit yang mana ia dilabelkan sebagai berprofil tinggi dan penuh misteri. Beliau menghidap sejenis penyakit pelik di mana seluruh liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil. Sejenis alahan dialami Shanyna Isom, 28, sejak tiga tahun lalu itu menyukarkannya melakukan kerja-kerja harian kerana tidak selesa dan terpaksa memakai rambut palsu.

Menurut Shanyna, dia terpaksa melindungi kepalanya yang botak selepas ditumbuhi kuku dengan skarf dan rambut palsu selain menunggu penawar yang belum ditemui. Jelas doktor, kulit Shanyna menghasilkan 12 kali ganda sel-sel kulit biasa di setiap liang romanya sehingga menjejaskan keadaan kulitnya.

“Pada September 2009 lalu, saya mengambil ubat penahan sakit steroid kerana diserang asma, dan selepas beberapa jam saya seluruh tubuh saya berasa sangat gatal,” katanya kemudian menambah keseluruhan kakinya turut diselaputi benjolan kehitaman. Kini, kumpulan pakar bertungkus lumus mengkaji penyakit misteri Shanyna dan hanya mampu mengawal simptom daripada merebak.

Melayukini.net – Kita hanya manusia dan tidak semua perkara kita mampu untuk mengkajinya. Walaubagamanapun para dokor pakar kini berusaha untuk mengenal pasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh wanita ini. Semoga penyakit misteri wanita ini sembuh sediakala.

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber: Akak Disebalik Pintu | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.