Pelik! Mengapa Tasik Garam Ini Berwarna Warni? (8 Foto)

| October 7, 2012

Melayukini.net – Pelik! Mengapa Tasik Garam Ini Berwarna Warni? (8 Foto) | Mungkin bagi sesetengah orang, garam mungkin kelihatan biasa dengan warna semulajadinya yang berwarna putih. Namun, tidak ramai yang tahu, garam boleh mempunyai pelbagai jenis warna contohnya seperti apa yang berlaku di tasik garam di San Francisco Bay. Fenomena yang menarik ini boleh di lihat di San Francisco Bay. Sekiranya di lihat dari jarak yang jauh, ia akan kelihatan seakan-akan hamparan bunga tulip sedangkan ia tiada kena mengena dengan sebarang tumbuh-tumbuhan langsung. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Sebenarnya, tempat yang kelihatan berwarna itu digunakan sebagai tempat pengestrakkan garam dari air laut. Dalam kolam buatan tersebut, air akan disejat oleh cahaya matahari dan meninggalkan butiran halus garam yang terhablur, alga berwarna, dan mikro-organisma. Warna garam yang terhasil juga bergantung kepada tahap kemasinan.

Kolam dengan tahap kemasinan yang rendah dan sederhana akan mempunyai warna kehijauan atau merah jambu, manakala pada tahap kemasinan yang tinggi, air garam yang berwarna merah akan terhasil.

Selain itu, cuaca juga akan mempengaruhi warna di dalam air. Sekiranya hujan turun dengan lebat pada suatu ketika, pigmen dalam palet garam akan berubah dan tiada warna yang akan terhasil.

Melayukini.net – Mungkin bagi sesiapa yang pernah mempelajari Sains, proses ini dipanggil elektrolisis. Garam juga mempunyai banyak jenis bergantung pada komposisi kimia bahan tersebut. Sila betulkan jika admin membuat pemahaman yang silap. He He.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber: Sochai | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.