Pelik! Wanita Ini Melahirkan Batu-Batu Permata Dari Rahimnya

| October 10, 2012

Melayukini.net – Pelik! Wanita Ini Melahirkan Batu-Batu Permata Dari Rahimnya | Sebelum-sebelum ini kita juga kita pernah mendengar tentang kejadian batu permata keluar dari celahan jari seorang gadis. Kini satu kejadian pelik telah berlaku apabila seorang wanita hamil yang sepatutnya melahirkan seorang bayi, tetapi bertukar melahirkan ratusan batu permata di Kabupaten Takalar, Sulawesi Selatan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Sekadar hiasan – gambar sebenar tidak dapat ditunjukkan, kerana gambar wanita tersebut dalam keadaan tidak menutup aurat.

Warga Kelurahan Palleko, Kecamatan Polong Bangkeng Utara, Kabupaten Takalar, telah digemparkan dengan peristiwa pelik yang dialami oleh Hartina, pada hari Isnin 3 Okt 2011.

Wanita yang sememangnya sebelumnya hamil sembilan bulan ini, pada saat tiba waktu melahirkan justeru mengeluarkan butiran permata dengan pelbagai saiz dari rahimnya.

Ketika ditemui di rumahnya, keadaan fizikal Hartina pun kelihatan lemas dan terbaring. Dirinya mengaku terkejut dan seakan tidak percaya bahawa bayi yang di kandungnya selama sembilan bulan lebih itu tiba-tiba menghilang dari dalam perutnya.

Hartina mengaku, selama memeriksa masa kehamilannya ke doktor sama sekali tidak ditemui kelainan. Namun setelah kembali ke doktor untuk masa persalinan, tiba-tiba bayinya hilang dan keluar dari rahimnya justeru ratusan butir permata.

Asmawati Daeng Ngenang, jiran Hartina pun turut terkejut dengan berita ini. Kerana dia juga sempat melihat betapa Hartina sebelumnya memang benar-benar dalam keadaan hamil.

Khabar pelik ini pun terus tersebar di seluruh kampung. Hingga kini penduduk di situ masih terus datang berduyun-duyun mahu melihat dengan mata sendiri permata tersebut. Meskipun demikian, pasangan Suhartina dan Daeng Tawang merasa kecewa kerana bayi yang telah lama dinantikan itu kini hanya berupa permata.

Melayukini.net – Memang sungguh misteri kerana anak yang dikandungnya hilang dan bertukar menjadi batu permata dalam kuantiti yang banyak. Persoalannya adakah kejadian ini ada berkait rapat dengan hubungan alam ghaib. Kita tidak boleh membuat sebarang andaian. Wallahu’alam

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber: Tao Tau Ajer | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.