Seram! Misteri Gendang Gergasi Di Pagar Surau

| October 22, 2012

Melayukini.net – Seram! Misteri Gendang Gergasi Di Pagar Surau | Jika kita imbas sekali, penggunaan beduk di surau-surau atau masjid merupakan salah satu cara untuk menyampaikan informasi kepada penduduk setempat. Antaranya macam kes kematian di kawasan tersebut. Namun kini cara itu sudah tidak relevan lagi digunapakai kerana sudah mempunyai teknologi seperti SMS, dan sistem suara. Namun penemuan beduk lama mengejutkan sebuah surau. Ikuti kisah di bawah ini.

Redzuan menunjukkan gendang gergasi yang ditinggalkan di Surau Asy-Syakirin, Sungai Petani, Kedah

Selepas setahun dikejutkan dengan penemuan sebuah beduk lama milik sebuah masjid di Johor, ahli jemaah sebuah surau di sini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan hampir serupa apabila sebuah gendang lama didapati ditinggalkan di pintu pagar surau tersebut sejak beberapa hari lalu. Kejadian itu disedari oleh ahli jemaah surau Asy-Syakirin, Bandar Perdana, Seksyen 8 di sini ketika mereka mahu mengerjakan solat Subuh.

Penemuan gendang tersebut yang mempunyai lambang rasmi sebuah negeri bertarikh 1 Januari 1989 mencetuskan misteri tersendiri apabila kulit gendang tersebut turut dikoyakkan. Seorang penduduk, Azhar Ismail, 44, berkata, dia terkejut melihat gendang besar itu ditinggalkan di pintu pagar surau semasa mahu menunaikan solat subuh.

“Siapa sahaja pasti terkejut apabila tiba-tiba melihat benda seperti ini pada awal pagi. Apabila diperiksa rupa-rupanya gendang lama,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Melayukini.net – Sungguh misteri sekali dan penduduk di sana tidak tahu siapakah yang meletakkan gendang lama tersebut di hadapan pintu pagar surau. Walaubagaimanapun, selepas kejadian tersebut berlaku tiada sebarang gangguan yang diterima sama ada gangguan berbentuk makhluk  halus dan sebagainya. 

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Kosmo Online | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.