Subhanallah! Pengalaman Berada Di Atas Awan

| October 4, 2012

Melayukini.net – Subhanallah! Pengalaman Berada Di Atas Awan | Hampir semua orang mempunyai pengalaman berada di atas awan bukan? Mana tidaknya, jika kita menaiki kapal terbang sudah semestinya berada di atas awan. Namun kita hanya dapat menikmatinya di sebalik cermin tingkap kapal terbang. Kali ini terdapat sebuah tempat istimewa yang dikenali sebagai Unkai Terrace. Unkai Terrace telah dibuka di Alpha Resort Tomamu iaitu sebuah perkampungan yang indah di daerah Shimukappu, Hokkaido Jepun.

Sebenarnya ” Ukai” bermaksud “lautan awan” dan apabila kita berada di lokasi ini, kita seolah-olah berada di atas awan yang indah. Resort ini berada di ketinggian 1100 meter dari atas laut , anda dan rakan anda boleh minum kopi sambil menikmati suasana yang sungguh memukau mata.

Melayukini.net – Satu pengalaman yang tidak harus dilepaskan kerana berpeluang melihat awan di hadapan mata sendiri. Jika kita berada di atas puncak gunung seperti Gunung Kinabalu, belum tentu dapat melihat keindahan awan yang tebal seperti ini. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tao Tau Ajer | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.