Unik! Kampung Paling Sejuk Di Dunia (Menarik!)

| February 26, 2013

Unik! Kampung Paling Sejuk Di Dunia (Menarik!) | Siapa di sini memang tinggal di kawasan berbukit seperti Cameron Highlands? Sangat beruntung jika anda dapat mendiami kawasan tersebut. Hal ini kerana ia mempunyai suhu yang cukup nyaman dan tidak perlu bersusah payah memasang aircond. Namun sanggupkah kita untuk bertahan tinggal di sebuah kampung ini. Kampung dipercayai antara lokasi kampung yang tersejuk di dunia kerana hanya mempunyai satu musim sahaja seolah-olah berada di kawasan Kutub Utara.

kampung

Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail.

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.

Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat – 50°C.

Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.

Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.

Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. – Kosmo Online

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Nizarazu

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.