Biar Betul! Isteri Tinggalkan Suami Kerana Tikus

| March 11, 2013

Biar Betul! Isteri Tinggalkan Suami Kerana Tikus | Jika anda masih ingat lagi, Melayukini.net sebelum ini pernah berkongsi tentang sikap pelik seorang isteri yang meminta cerai gara-gara suaminya memiliki kepandaian dalam bidang masakan (LINK). Ini hal lain pula apabila seorang isteri tergamak meninggalkan suaminya kerana haiwan yang disayanginya. Namun haiwan tersebut bukanlah haiwan peliharaan seperti kucing, arnab atau sebagainya. Tetapi tinggalkan suami demi tikus sahaja. Pelik bunyinya.

tikus

London: Seorang wanita berkata, dia lebih cintakan tikus daripada manusia, termasuk suaminya.

Chantal Banks, yang akan muncul dalam episod TLC, My Crazy Obsession berkata, dia memiliki 19 ‘sahabat ekor panjang’ yang dianggapnya sebagai anak di kediaman dua biliknya.

Dia membiarkan tikus itu menjilat bibirnya, memakan makanan daripada mulutnya dan berkeliaran ketika dia tidur.

Ketaksuban Chantal terhadap tikus bermula sejak dia berusia 16 tahun.

“Anda akan sedar matlamat hidup anda sebaik anda menemuinya. Itu yang berlaku pada saya apabila saya melihat tikus pertama saya,” katanya dalam rancangan itu.

Sejak itu tikusnya semakin bertambah dan dia tidak akan membiarkan dirinya bersendirian tanpa mereka.

Dia bernasib baik kerana suaminya, Chester, dapat menerima minatnya terhadap tikus.

Anak mereka, Kevin berkata: “Saya membesar dengan tikus”.

Bagaimanapun, ketaksuban Chantal terhadap tikus sudah tidak terkawal dan perkahwinannya berdepan dengan masalah hingga memaksanya berpindah ke rumah lain.

“Suami saya tidak sanggup lagi tinggal dengan tikus. Sukar bagi kami untuk meneruskan rumah tangga yang kami bina 11 tahun lalu. Dia tidak memahami hati saya. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya lebih cintakan tikus daripada dia,” katanya.

Wanita itu yang kini hidup bersendirian di apartmennya menghabiskan sebahagian besar masa dengan tikusnya.

Setiap tikus itu diberi nama manusia, seperti Lily dan Janice. Ia menggambarkan personaliti mereka.

“Burka gemar makan tetapi malas bersenam. Janice suka mencium. Lily pula gemar melompat,” kata Chantal.

Menurut wanita itu, dia gemar memakan bersama mereka.

Apabila tidak bersama tikusnya untuk seketika, Chantal berkata, dia mengalami masalah GGMR yang bermakna ‘I Gotta More Rats” (Saya perlukan lebih banyak tikus).

Merumuskan ketaksubannya dia berkata: “Saya cintakan tikus lebih daripada manusia. Saya tidak boleh hidup tanpa mereka. Tikus saya cintakan saya. Apabila saya menangis, mereka menjilat air mata saya.” – Daily Mail

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.