Gempar! Periuk Sup Berisi Sup 2400 Tahun Ditemui (5 Foto)

| April 23, 2013

Gempar! Periuk Sup Berisi Sup 2400 Tahun Ditemui (5 Foto)  | Periuk sup berisi sup ditemui? Bunyinya macam pelik. Bagaimana periuk sup yang berisi sup ditemui. Periuk sup yang dimaksudkan ini adalah periuk peninggalan zaman dahulu kala. Ia dipercayai telah digunakan sejak 2400 tahun yang lalu. Penemuan bersejarah ini sudah tentu dianggap amat bernilai sekali. Bagi peminat barang sejarah, sudah tentu ia menarik minat anda untuk melihat lebih dekat lagi. Jom lihat gambar di bawah ini.

sup1

Pasukan arkeologi China telah menemukan satu periuk sup yang dikatakan berusia 2.400 tahun di ibukota kuno Xian. Periuk sup ini ditemukan di pusara yang digali untuk pembangunan perluasan lapangan kapal terbang.

Sup yang berusia 2,400 tahun dahulu ditemui di dalam sebuah periuk gangsa berkaki tiga oleh ahli arkeologi di makam kuno milik bala tentera atau ahli kelas pemilik tanah berdekatan ibu kota kuno Xian.

Periuk berukuran 8 inci tinggi dan 10 inci diameter memang di design untuk memasak dan menghidang daging di dalamnya. Dan kini periuk tersebut telah dihantar dan disimpan oleh ahli arkeologi untuk di analisis kandungan sup tersebut.

“Ini merupakan penemuan pertama berkait penemuan sup tulang dalam sejarah arkeologi China,” kata Liu Daiyun dari Institut Arkeologi Provinsi Shaanxi.

sup2

sup3

sup4

sup5

Dikatakannya, penemuan ini akan memainkan peranan penting dalam mempelajari kebiasaan makan dan kebudayaan pada Paska Perang Negara-negara Bahagian (475-221 sebelum Masehi).

sup itu mengandungi beberapa tulang dan masih dalam keadaan cair, walaupun sup tersebut telah berubah menjadi hijau kerana proses pengoksidaan semulajadi gangsa. Sup initidak berkuap kerana makam kuno tersebut begitu tertutup rapat.

Seperiuk gangsa yang lain juga mengandungi cecair tidak berbau, diyakini anggur, juga ditemui di makam tersebut.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber : Siakap Keli

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.