Pelik! Kampung Ini Miliki Lebih 100 Pasangan Kembar

| April 24, 2013

Pelik! Kampung Ini Miliki Lebih 100 Pasangan Kembar | Memiliki anak kembar merupakan satu anugerah daripada Allah SWT. Melahirkan anak kembar juga merupakan perkara yang agak unik sebenarnya. Ini kerana kebiasaannya, seseorang itu hanya melahirkan seorang anak sahaja. Tetapi apa yang ingin dikongsi dalam artikel ini adalah tentang sebuah kampung yang dipercayai rata-rata penduduknya mempunyai 100 pasangan kembar. Pelik bukan? Jom lihat gambar di bawah ini.

kembar1

NEW DELHI – Sebuah perkampungan terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar kesihatan kerana memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

kembar2

Newly born twins baby of Ibne Saud at Mohammadpur Umri Village of Allahabad

Fenomena itu berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.

Kampung tersebut dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah atau pun hospital.

Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.

Menurut beberapa penduduk di perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur Umari, bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah hospital di lokasi tersebut.

Lebih daripada 90 anak kembar yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini kerana kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.

“Bayangkan betapa indahnya jika semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung ini,” kata seorang penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.

Perkampungan itu mempunyai 80 peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut Hindu. Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti tersebut. – Agensi

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.