Gempar! Bangkai Raksasa Laut Terdampar Di New Zealand (5 Foto)

| May 12, 2013

Gempar! Bangkai Raksasa Laut Terdampar Di New Zealand (5 Foto) | Sebelum ini Melayukini.net pernah kongsikan tentang beberapa gambar bangkai raksasa yang terdampar di pantai (LINK), kali ini ia sama, tetapi bentuk fizikal yang berlainan. Bangkai yang dianggap sebagai raksasa laut ini telah ditemui di Auckland, New Zealand. Sekali pandang memang tidak ubah seperti seekor raksasa laut yang sangat besar. Jom lihat gambar di bawah ini.

raksasa1

Auckland: Tanda tanya menyelubungi penemuan bangkai ‘raksasa laut’ yang ditemui terdampar di New Zealand.

Dengan gigi tajam berbaris dan mulut luas, bangkai haiwan sepanjang kira-kira 10 meter itu ditemui separuh tertanam di dalam pasir di Pantai Pukehina, kira-kira 190 kilometer di tenggara Auckland.

Beberapa teori dikemukakan, termasuk haiwan itu sebenarnya ikan jerung atau buaya air masin, sejenis ikan lumba-lumba atau hidupan prasejarah.

Dalam satu video di YouTube, Elizabeth Ann bertanya sama ada sesiapa mengenali haiwan berkenaan.

Katanya, haiwan berkenaan mempunyai kepala dan gigi besar serta sirip. “Ia mungkin sepanjang sembilan meter, tetapi bahagian bawah badan bangkai ‘raksasa laut’ berkenaan mungkin hilang akibat dibaham oleh sesuatu,” katanya. Sementara itu pakar marin, Anton van Helden menafikan ia adalah bangkai dinosaur kerana sirip yang ada padanya menunjukkan ia adalah ikan paus.

“Ikan jenis itu memang banyak di Bay of Plenty,” katanya ketika ditemui, semalam.

raksasa2

raksasa3

raksasa4

raksasa5

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.