Pelik! Penemuan Lintah Berwarna Merah Jambu

| May 31, 2013

Pelik! Penemuan Lintah Berwarna Merah Jambu | Secara kebiasaannya lintah sering ditemui di kawasan-kawasan berpayah seperti di sawah, di kawasan air terjun dan sebagainya. Spesis yang sering dilihat adalah berwarna hitam kehitaman. Namun jangan terkejut jika terdapat spesis lintah yang berwarna merah jambu. Spesis lintah luar biasa ini hanya boleh ditemui di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia. Walaupun ia berwarna merah jambu, ia juga lebih kurang sama dengan lintah yang lain, cuma lintah ini bersaiz besar.

lintah

SYDNEY – Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. – Agensi

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.