Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video)

| June 10, 2013

Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video) | Ini bukan mahu membuka aib tentang seorang guru. Bukan juga mahu memburukkan golongan yang berstatus seorang pendidik. Tetapi sebagai seorang yang mempunyai rasa prihatin terhadap manusia sekeliling. Satu video telah tersebar di laman Youtube sehingga mendapat perhatian media. Video tersebut telah memaparkan adegan seorang guru  sedang membelasah seorang pelajar. Aksi rakaman itu memang tidak disedari guru tersebut. Anda boleh tonton video di atas ini.

video-belasah

ebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial.

Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit.

Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit.

Rakaman itu mula di muat turun dalam laman sosial sejak April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial.

Berdasarkan rakaman itu, remaja terbabit ditampar sekali di muka, ditumbuk di perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut.

Rakaman itu jelas menunjukkan remaja terbabit berada dalam kesakitan bagaimanapun, lelaki terbabit terus membelasah remaja terbabit tanpa belas kasihan.

Rakaman awal turut menunjukkan terdapat beberapa remaja yang berada dalam barisan berdekatan tempat kejadian, bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak berani untuk mempertahankan mangsa.

Bagaimanapun, Jurucakap Polis Daerah Baling mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

Pihak polis turut berharap pihak berkenaan dapat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan. – Sinar Harian

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Nizarazu

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.