Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)

| June 18, 2013

Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Sabit (2 Foto) | Hari ini pelbagai kes rompakan kita dengar. Rompakan yang melibatkan rumah kediaman, bank, kedai dan lain-lain lagi. Ada satu kisah yang Melayukini.net mahu kongsikan bersama anda tentang nasib seorang pak cik yang diserang oleh seorang perompak di rumahnya. Pak cik yang hanya keseorangan di rumah tersebut telah diserang dengan sabit sehingga dagu dan tengkuknya terbelah. Memang cukup sedih apabila diperlakukan sedemikian. Sungguh kejam orang tersebut. Semoga pihak polis dapat menangkap perompak terbabit.

serang2

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang.

Menurut mangsa, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang apabila tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang terus menetaknya menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yang digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.

serang1

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring berlumuran darah di beranda rumah dan terus membawa mangsa ke Hospital Sipitang.

Keadaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

 (Diperoleh daripada status FB milik Carl Hakim – Diedit sedikit)

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Siakap Keli

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.