Biar Betul! Apabila Kura-Kura Ini Hisap 10 Batang Rokok Sehari (Video)

| July 27, 2013

Biar Betul! Apabila Kura-Kura Ini Hisap 10 Batang Rokok Sehari (Video) | Jika kita berkunjung ke Zoo, antara papan larangan yang biasa dilihat adalah larangan memberikan rokok kepada Orang Utan. Ini jelas kerana Orang Utan boleh menghisap rokok seperti manusia. Tetapi pada kali ini, Melayukini.net mahu berkongsi tentang seekor kura-kura yang gemar menghisap rokok. Tambahan pula, apa yang tidak boleh tahan, haiwan ini akan bertindak merangkak ke arah tuannya sekiranya tidak dapat menghisap rokok. Selain itu, kura-kura ini dikatakan menghisap rokok hampir 10 batang sehari. Anda boleh tonton video di atas ini.

rokok

Agak kelakar bila terdengar seekor kura-kura di China yang ketagiha rokok. Tetapi ianya betul berlaku. Di pinggir banda Changchun, terdapat seekor kura-kura yang memerlukan nikotin setiap hari.

Kura-kura terlalu ketagih sehingga ia menghisap sehingga 10 batang rokok sehari. Menurut penjaga kura-kura itu, apabila reptilia itu inginkan rokok ia akan mengeluarkan sejenis bunyi mendesis dan mula gelisah.

Ingin tahu bila si kura-kura ini mula ketagih rokok?? Seoran chef, bernama Tang membantu majikannya menjaga reptilia istimewa itu. Menurutnya, segala-galanya bermula kira-kira dua bulan lalu apabila haiwan itu mula hilang minat ke atas makanan ikan hariannya.

Tang mendapati ada tulang ayam tersangkut di badannya, apabila ingin menariknya keluar Tang telah digigit dan ia menyakitkan. Satu-satunya cara untuk mengalih tulang ayam itu adalah dengan mengalih perhatian haiwan itu.
Jadi, Tang mengambil rokok di mulutnya dan membiarkan kura-kura itu mengigitnya sehingga dia berjaya mengeluarkan tulang itu.

Keesokan harinya, ketika Tang duduk di kerusi dan menyalakan rokok selepas bekerja, sebaik sahaja melihat asap rokok berkepul-kepul, reptilia itu merangkak ke atasnya.

Tang terus sahaja menyalakan rokok dan memasukkan ke dalam mulut haiwan itu.

Selepas itu, mereka sering hisap rokok bersama sehingga menjadi satu ketagihan. Sekarang, setiap kali ia mengikuti Tang sekitar mana sahaja dia pergi, merangkak di atas beliau sehingga ia mendapat nikotin yang diinginkan.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber : Siakap Keli

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.