Gempar! Buaya Gergasi Ditemui Mati Di Kuala Selangor (4 Foto)

| July 26, 2013

Gempar! Buaya Gergasi Ditemui Mati Di Kuala Selangor (4 Foto) | Jangan terkejut jika bauaya gergasi ini dipercayai ditemui di di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Melayukini.net difahamkan bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan kren untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk. Bagaimanapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

buaya1

Petikan Akhbar Penemuan Buaya Di Kuala Selangor

Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui. Kemungkinan besar kematian buaya ini adalah disebabkan penyakit tua. Untuk laporan, tidak pernah berlaku kejadian keganasan buaya yang menyebabkan kematian direkodkan setakat ini.

buaya2

buaya3

buaya4

P.S. 1 – Suami Mundar Mandir Menanti Isteri Yang Sedang BERSALIN… Jururawat Keluar Dan… (Sediakan Tisu) !!!
P.S. 2 – Di Tempat Misteri Ini… TELUR Boleh Masak Dengan Sendiri Di Atas BATU !!!
P.S. 3 – Misteri di Gunung Baling Kedah Yang Ramai Tak Tahu…
P.S. 4 – Anda PASTI Terkejut Apabila LIHAT Apa Yang Telah Dilakukan Kepada WANITA Ini !!!
P.S. 5 – Gambar Seram Di Air Terjun Sekayu Yang Akan Anda Tengok 2x !!!

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.