Menakjubkan! Apabila Ikan Emas Ini Suka Bermain Bola Sepak (Video)

| July 18, 2013

Menakjubkan! Apabila Ikan Emas Suka Bermain Bola Sepak (Video) | Boleh dikatakan hampir semua orang di dunia ini sukakan bola sepak. Jadi tidak hairanlah jika mana-mana perlawanan bola sepak yang diadakan, akan mendapat perhatian dan dibanjiri dengan ribuan penonton. Ikan emas di bawah ini juga tidak terkecuali. Biarpun ia hanya seekor ikan, namun pemilik ikan emas ini mendakwa ikan emas yang dikenali sebagai Sans amat gemar bermain bola di dalam akuarium. Macam tiodak percaya kan? Cuba tonton video di atas ini.

ikanemas

BRITAIN – Kebanyakan ikan akan melarikan diri daripada jaring, tetapi tidak si Ikan Emas Span. Dia dikenali sebagai ikan yang pandai bermain bola.

Tuan Pan, Peter Battison melatih ikan emas itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada ikan itu untuk bermain bola sepak

“Tolak bola itu, tolak bola itu, bagus Span,” katanya melatih.

Pemiliknya yang berumur 80 tahun menyedari kemahiran bersukan Span selepas beliau menghadiri kelas manual melatih ikan emas.

“Biasanya untuk melatih ikan mulakan dengan memberi hadiah atau upah, umpama gaji pemain bola untuk mendorongnya berenang menembusi cincin. Selepas memperkenalkan beberapa halangan anda boleh menggunakan bola itu. Bola itu diperbuat dari plastik dan tidak boleh timbul,” katanya.

Ikan emas itu sudah pun mengutip kira-kira 30 pound untuk satu badan kebajikan di Exeter dan menerima ramai peminat. Sedihnya, ikan emas itu tidak boleh menandatangani autgraf.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Siakap Keli

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.