Menakjubkan! Azan Suara Budak Lelaki Ini Seperti Muazzin Makkah (Video)

| August 5, 2013

Menakjubkan! Azan Suara Budak Lelaki Ini Seperti Muazzin Makkah (Video) | Sesiapa yang pernah berkunjung ke Makkah suatu ketika dahulu, sudah pastinya mendengar kemerduan suara muazzin melaungkan azan dari Masjidil Haram. Kemerduan ini sememangnya menjadi contoh azan terbaik di dunia ini. Antaranya seperti seorang budak lelaki ini yang dikenali sebagai adik Amnan Sani. Adik yang merupakan peserta Qari Junior 2 di TV3 ini, ternyata mempunyai suara yang sangat merdu. Anda boleh tonton video di atas ini.

azan

Subhanallah… merdu sungguh suara Adik Amnan Sani,9, mengalunkan azan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sesiapa yang pernah ke kota suci Mekah pasti akan rasa terimbau suasana di sana kerana gaya azannya mirip salah seorang bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla.
Nama : Adik Amnan Sani
Gaya laungan azan : Sheikh Ali Ahmad Mulla (Bilal Mekah)
Lokasi: Masjid Shah Alam, Selangor
Info terbaru: Dia pernah melaungkan azan di hadapan Sheikh Ali Ahmad Mulla sendiri pada 28 Jun 2013 di Majlis Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Khabarnya sewaktu Sheikh Ali Ahmad Mulla mengunjungi Masjid Shah Alam pada 28 Jun 2013 lalu, beliau sendiri turut mendengar alunan azan yang dikumandangkan oleh Adik Amnan.
Kalau ada yang perasan, Adik Amnan merupakan salah seorang peserta Qari Junior 2 di TV3 namun tersingkir pada 23 Julai 2013 lalu. – REM RAMZI

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Siakap Keli

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.