Ngeri! Wanita Mengandung Tercampak Ketika Sedang Mengisi Minyak (Video)

| August 5, 2013

Ngeri! Wanita Mengandung Tercampak Ketika Sedang Mengisi Minyak (Video) | Apabila kita berada di stesen minyak, banyak peraturan yang perlu kita patuhi antaranya larangan menghisap rokok, menggunakan telefon bimbit dan lain-lain lagi. Antara larangan ini dibuat adalah merupakan langkah keselamatan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku di sana. Satu video telah memaparkan satu kejadian di mana seorang wanita yang dipercayai mengandung tercampak ketika sedang mengisi minyak. Kejadian ini berlaku apabila pemandu kereta berkenaan bergerak secara tiba-tiba dan menyebabkan hos minyak tercabut. Anda boleh tonton video di atas ini.

Benzine-stelen-gaat-fout

Kejadian ini berlaku di sebuah stesen minyak Caltex di Brisbane, Australia bulan lalu.

Wanita mengandung yang ‘seksi’ ini sedang mengisi minyak dalam kenderaannya.

Entah kenapa tiba-tiba pasangannya yang juga pemandu kereta itu mengambil keputusan untuk memecut kenderaan mereka ketika minyak sedang diisi.

Ini menyebabkan wanita mengandung itu ‘melambung’ kerana tersangkut pada hos minyak berkenaan.

Hos itu juga tercabut hingga menyebabkan minyak melimpah keluar.

Difahamkan pemandu itu rupanya panik apabila seorang atendan stesen minyak itu hendak memeriksa nombor plat kereta berkenaan.

Polisi stesen minyak di sana yang hanya mengambil wang daripada pelanggan setelah minyak diisi menyebabkan ada yang mengambil kesempatan untuk ‘cabut’ begitu saja selepas berbuat demikian.

Maknanya semua ini berlaku gara-gara taknak bayar minyak la tu…macam-macam ha

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : Informasi

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Comments are closed.