Biar Betul! Pegawai Kesihatan Masukkan Jentik-Jentik Dalam Tangki (Video)

| September 21, 2013

Biar Betul! Pegawai Kesihatan Masukkan Jentik-Jentik Dalam Tangki (Video) | Membiarkan jentik-jentik membiak dalam takungan air sama ada di kawasan kediaman mahupun di premis perniagaan merupakan salah satu kesalahan yang membolehkan kita dikenakan denda kompaun. Baru-baru ini sebuah premis telah dikenakan denda kompaun kerana membiarkan jentik-jentik membiak. Pemilik premis yang ragu-ragu dengan tindakan pegawai kesihatan tersebut, bertindak melihat rakaman CCTV di kawasan terbabit. Apa yang mengejutkan, pegawai tersebut dipercayai telah memasukkan sendiri jentik-jentik itu ke dalam kolam tersebut. Anda boleh tonton video di atas.

rasuah1

Video kakitangan pegawai kesihatan rasuah dengan masukkan jentik-jentik ke dalam tangki tersebar. Dua individu dipercayai kakitangan jabatan kesihatan memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki sebuah bengkel kereta di Taman Industri Bahau pada 17 september 2013. Kejadian itu juga telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik pada 18 september 2013.

Selepas buat pemeriksaan dua individu terbabit mengatakan tangki itu mengandungi jentik-jentik dan pemilik premis diminta membayar saman. Walau bagaimanapun, pemilik premis berkenaan memaklumkan bahawa dia sentiasa membersihkan tangki air itu selang dua hari dan berpendapat mustahil ada pembiakan jentik-jentik. Ekoran tidak berpuas hati, pemilik premis telah melihat rakaman CCTV selepas dua kakitangan itu beredar dan terlihat salah seorang daripadanya seperti memasukkan sesuatu dalam tangki.

rasuah2

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Melvister

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.