Subhanallah! Pulau Muncul Secara Tiba-Tiba Di Pakistan (5 Foto)

| September 29, 2013

Subhanallah! Pulau Muncul Secara Tiba-Tiba Di Pakistan (5 Foto) | Sesuatu yang tidak terduga apabila kejadian gempa bumi telah melanda di Awaran, Baluchistan di Pakistan baru-baru ini. Apa yang mengejutkan, sebuah pulau tiba-tiba muncul di kawasan perairan terbabit dan sejurus mendapat perhatian orang ramai apabila ia jelas dapat dilihat. Ekoran daripada kejadian itu juga, pulau yang belum diberi nama ini sering menerima kunjungan orang ramai untuk melihat sendiri keajaibannya. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.

pulau1

Menakjubkan apabila sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab selepas gempa bumi melanda Awaran, Baluchistan di Pakistan, kelmarin.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi itu berukuran 7.7 pada skala Richter. Gempa berkenaan amat kuat sehingga menyebabkan sebuah pulau kecil muncul di perairan Laut Arab.

Selepas gempa berlaku, penduduk di pesisiran pantai dekat pelabuhan Gawdar berhimpun untuk melihat kemunculan pulau kecil tersebut.

pulau2

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Arif Mahmood, berkata saksi melaporkan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab dan boleh dilihat dari pantai.

“Gempa tersebut mungkin telah menyebabkan bumi di bawah laut naik, namun pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu,” katanya.

pulau3

pulau4

pulau5

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : Aku Stress Giler

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.