Gempar! Benarkah Taman Tema Genting Highlands Ditutup?

| October 17, 2013

Gempar! Benarkah Taman Tema Genting Highlands Ditutup? | Pernahkah anda berkunjung ke Taman Tema Genting Higlands ini? Sebuah taman tema yang mempunyai pelbagai tempat menarik yang menjurus kepada permainan-permainan sesuai untuk semua lapisan umur. Baru-baru ini, pihak Genting Highlands telah memaklumkan kepada orang ramai dan pihak media bahawa pusat ini akan ditutup. Tetapi bukanlah tutup buat selamanya, akan tetapi ia ditutup selama 3 tahun bagi projek pembinaan dan pengubahsuaian taman tema tersebut.

genting_highland_view

Pihak pengurusan genting Highlands dalam kenyataan akhbar telah mengumumkan bahawa taman tema Genting akan dinaik taraf kepada taman tema Twentieth Century Fox. Taman tema dengan wajah baru ini dijangka dibina mulai 1 September 2013 dan mengambil masa selama 3 tahun. Dijangkakan pada tahun 2016 taman tema tersebut akan dibuka semula kepada pengunjung.

Notis Taman Tema Genting Highlands Ditutup

genting

Kumpulan Resort World Genting telah melabur sebanyak RM400 juta bagi membina taman tema Twentieth Century Fox di Genting Highland dalam usaha memberi wajah baru kepada taman tema berusia 35 tahun berkenaan. Taman Tema Twentieth Century Fox akan menempatkan 25 permainan untuk semua lapisan umur dengan berkonsepkan filem popular seperti Ice Age, Life Of Pi, Alien, Predator dan Night At The Museum.

Pelaburan sebanyak RM400 juta ini merupakan sebahagian daripada pelan perancangan menaik taraf pusat peranginan Genting Highland dalam tempoh lima tahun dengan peruntukan pelaburan mencecah RM3 bilion. Selain itu, Resort World juga akan membangunkan hotel dengan kapasiti 1,300 buah bilik dengan jangkaan operasi pada 2015 juga

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Melvister

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.