Kasihan! Apabila Kucing Ini Dipanah Seseorang (4 Foto)

| November 13, 2013

Kasihan! Apabila Kucing Ini Dipanah Seseorang (4 Foto) | Kucing sememangnya haiwan yang sangat comel. Namun ada juga insan yang tidak berhati perut menjadikan kucing sebagai sasaran panahannya. Walaubagaimanapun, kucing berkenaan bernasib baik kerana tidak banyak darah yang keluar dan masih mampu hidup seperti biasa. Hasil siasatan, berkemungkinan ada individu yang sengaja menjadikan kucing tersebut sebagai sasaran latihan memanah. Kucing pun jadi ke? Jom lihat gambar di bawah ini.

cat1

NORWICH, Amerika Syarikat – Sebatang anak panah sepanjang 38 sentimeter menusuk dekat bahagian kanan kepala seekor kucing di sini. Datuk Bandar Norwich, Peter Nystrom menemui kucing itu di anjung sebuah rumah di sini pada Isnin lalu.

Beliau kemudian menghubungi polis. Seorang pegawai sebuah agensi kawalan haiwan kemudian menghantar kucing tersebut kepada seorang pakar bedah haiwan, Kathleen Tangari. Pakar itu kemudian mengeluarkan anak panah tersebut menerusi pembedahan di sebuah hospital haiwan.

cat2

Menurutnya, anak panah itu tidak mengenai paru-paru dan jantung haiwan tersebut.

Beliau berkata, anak panah tersebut sudah berada pada kucing yang bernama Elliot itu selama dua hari.

Tisu-tisu yang mengelilingi anak panah dalam badan haiwan itu telah menghalang banyak darah keluar sekali gus mengelak kucing tersebut daripada mati.

Kucing itu dipercayai sengaja dipanah oleh seseorang yang menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran latihan memanah. – Agensi

cat3

cat4

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : Aku Stress

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Comments are closed.