Seram! Penonton Dirasuk Ketika Menonton Highland Tower Dalam Pawagam (Video)

| November 8, 2013

Seram! Penonton Dirasuk Ketika Menonton Highland Tower Dalam Pawagam (Video) | Jika anda masih ingat lagi, Melayukini.net pernah menyiarkan beberapa keping gambar Highland Tower yang sudah terbiar lama sejak tragedi yang menimpa pada tahun 1993 lalu (LINK). Kali ini pihak MIG tampil dengan satu idea rakaman tentang kejadian sebenar yang berlaku di sana. Apa yang menyeramkan lagi, sewaktu filem ini ditayangkan terdapat satu kejadian di mana seorang penonton tiba-tiba meracau seperti dirasuk. Ekoran daripada kejadian tersebut, segelintir orang ramai mula panik. Anda boleh tonton video di atas.

cinema

Filem genre seram terbaru terbitan MIG, Highland Tower menimbulkan kegemparan apabila ada penonton yang diserang histeria ketika menyaksikannya.

Filem arahan Pierre Andre dan berkonsep ‘found footage’ ala The Blair Witch Project ini memaparkan sekumpulan remaja yang masuk ke tapak runtuhan Highland Tower untuk merakam aktiviti paranormal di sana.

Bagaimanapun sama ada filem ini benar-benar seram atau tidak, anda bolehlah berkunjung sendiri ke pawagam untuk memeriksanya sendiri kerana ia sedang ditayangkan sekarang.

highlands tower

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : MyNewsHub

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.