Biar Betul! Lelaki Ini Kembungkan Tayar Hanya Guna Hidung (Foto+Video)

| February 5, 2014

Biar Betul! Lelaki Ini Kembungkan Tayar Hanya Guna Hidung (Foto+Video) | Bagi memasukkan angin ke dalam tayar sudah tentulah kita memerlukan pam angin yang mempunyai tekanan yang tinggi. Tetapi percaya atau tidak, seorang lelaki dari China ini mempunyai kekuatan luar biasa apabila mampu mengembungkan tayar ini dengan hanya menggunakan hidungnya sahaja. Seperti tidak logik, tetapi itulah yang berlaku. Boleh tonton video di atas ini.

hidung2

Ni Jongbing (63) yang berasal dari China telah melakukan perkara yang benar-benar hebat dan sangat luar biasa! Lelaki ini berjaya mengembungkan empat tayar dengan cara yang amat pelik dan menarik iaitu hanya menggunakan hidungnya sahaja. Walaupun berjaya mengembungkan empat tayar kereta sekaligus, dia merasakan tugasan itu sangat mudah untuk dilakukan.

hidung

Bagi meningkatkan lagi tahap kesukaran, dia menyuruh lapan orang dewasa berdiri di atas tiub tayar yang akan dikembungkannya iaitu dua orang pada setiap tiub. Dia hanya memerlukan masa selama 21 minit untuk mengembungkan keempat-empat tayar tersebut. Bakat tersembunyi yang anda pada Jongbing telah ditemui kira-kira tiga tahun lalu apabila doktor memberitahunya untuk meniup menggunakan hidung untuk meningkatkan tahap kesihatannya.

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Sochai

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()