Menakjubkan! Kucing Ini Pandai Bermain Skateboard (Foto+Video)

| February 5, 2014

Menakjubkan! Kucing Ini Pandai Bermain Skateboard (Foto+Video) | Kucing bermain skateboard? Bunyinya seperti sesuatu yang pelik tetapi itulah yang dipaparkan dalam sebuah video tentang kelincahan seekor kucing. Kucing sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri sebagai haiwan yang paling disayangi di dunia ini. Keunikan yang ada dalam dirinya, menjadikan ia sebagai haiwan yang mempunyai tarikan tersendiri. Anda boleh tonton video di atas ini.

kuc

Kucing yang diberi nama Didga ini merupakan seekor kucing yang sangat unik di mana ia boleh bermain skateboard lagak seperti seorang manusia. Didga bersama pemiliknya boleh ditemui di bandar Coolangatta, iaitu sebuah bandar pesisir pantai di Gold Coast, Australia. Sebenarnya, skateboard yang dinaiki oleh Didga dikawal oleh alat kawalan jauh dan diberi nama sebagai Ollie.

Akhbar My Modern Metropolis berkata, “Menurut maklumat yang disampaikan oleh pelatih haiwan, Robert Dollwet yang bekerja di Malibu Dog Training dan berpangkalan di Australia, kucing akrobatik yang boleh melompat turun dan naik skateboard dengan mudah sebenarnya mampu menguruskan dan mengatasi halangan-halangan di sepanjang jalan (seperti melompat di atas seekor anjing Rottweiler). Di sini, Didga telah membuktikan anjing bukan satu-satunya haiwan yang boleh bermain skateboard dengan penuh gaya.”

kuc2

kuc3

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber : Sochai

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()