Subhanallah! Guru Pondok Meninggal Dunia Pada Rakaat Pertama (3 Foto)

| February 21, 2014

Subhanallah! Guru Pondok Meninggal Dunia Pada Rakaat Pertama (3 Foto) | Setiap orang semestinya mahu pengakhiran hidupnya dalam keadaan baik. Khusnul khatimah. Namun bagaimanakah kita mahu mencapai khusnul khatimah jika kita masih tidak beramal dengan segala perintah Allah SWT. Pada hari ini kita dikejutkan dengan satu berita apabila seorang hamba Allah SWT telah menghadap Ilahi dalam keadaan sedang bersolat. Melayukini.net difahamkan almarhum sedang solat Isya pada rakaat pertama, tiba-tiba ia rebah dan didapati meninggal dunia.

meninggal1

Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.

“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

meninggal2

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

meninggal3

JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Tengok Tv

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()