Suami Ni Cuba Nak Rasa Perasaan Wanita MENGANDUNG… “Sakit Pinggah Weh” !!!

| May 24, 2015 | 0 Comments

Suami Ni Cuba Nak Rasa Perasaan Wanita MENGANDUNG… “Sakit Pinggah Weh” !!! | Minggu lepas, anak aku meragam semasa aku dengan isteri tengah bekam orang. So untuk memujuk dia, aku pun pakai baby carrier macam yang aku pakai dalam gambar yang aku upload ini sambil meneruskan bekam orang.

1

Gambar ini pula isteri aku candid semasa aku tengah siap-siap nak makan.

Isteri aku kemaskan bilik di atas, anak aku menangis-nangis dan aku pun bawa dia guna carrier itu.

Hanzalah ni, jenisnya kalau duduk atas bahu aku memang terus senyap tak kiralah lapar ke kenyang. Cuma apa yang aku nak cerita kat sini ialah, memang seksa nak buat kerja sambil bawa dia kat depan perut aku ini.

‘Sakit pinggang weh!’

Nak bongkok, lepas itu bangun balik, lepas tu nak mencangkung, kemudian bangkit berdiri. Memang betul-betul sakit pinggang. Penatnya? Jangan ceritalah.

Di saat itu aku terfikir, aku baru kendong budak depan perut aku ini tak sampai sejam lebih dah rasa sakit macam-macamlah, tak selesalah. Bagaimana pula keadaan seorang wanita yang bawa kandungan dia selama 9 bulan lebih terutamanya pada sebulan lebih yang terakhir sebelum due?

Betapa sakitnya pinggang mereka, betapa lenguhnya belakang mereka, betapa tak selesanya pergerakan mereka dan pelbagai lagi.

Memang orang perempun ini tabah melebihi orang lelaki. Sebab itulah Allah berikan keistimewaan melahirkan anak kepada orang perempuan.

Pengalaman ini mengajar aku agar lebih menghargai wanita kerana dari perut merekalah lahirnya insan-insan hebat yang mencorakkan dunia ini. Ketabahan dan kekuatan mereka mengharungi keperitan membawa kandungan yang berat ke sana sini memungkinkan terhasilnya generasi yang mantap.

Pengalaman ini membuatkan aku lebih mendalami keperitan mak aku yang turut mengharungi proses yang sama sebelum aku lahir. Tengah deliver lain pula peritnya weh.

Subhanallah, sesungguhnya memang benar wanita itu adalah hiasan dunia kerana jika tiada wanita, pincang dunia ini.

‘GUA RESPEK SEMUA WANITA!’

Kredit – Fais Al-Hajari via THEHYEPEMDIA.

P.S. 1 – Suami Mundar Mandir Menanti Isteri Yang Sedang BERSALIN… Jururawat Keluar Dan… (Sediakan Tisu) !!!
P.S. 2 – Di Tempat Misteri Ini… TELUR Boleh Masak Dengan Sendiri Di Atas BATU !!!
P.S. 3 – Misteri di Gunung Baling Kedah Yang Ramai Tak Tahu…
P.S. 4 – Anda PASTI Terkejut Apabila LIHAT Apa Yang Telah Dilakukan Kepada WANITA Ini !!!
P.S. 5 – Gambar Seram Di Air Terjun Sekayu Yang Akan Anda Tengok 2x !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *