Inilah Keadaan Kanak-Kanak Pelarian Syria Yang Didedahkan Oleh Seorang Jurugambar Yang Buat Ramai TERSENTUH Dengan Nasib Mereka !!!

| November 21, 2015 | 0 Comments

Inilah Keadaan Kanak-Kanak Pelarian Syria Yang Didedahkan Oleh Seorang Jurugambar Yang Buat Ramai TERSENTUH Dengan Nasib Mereka !!! Magnus Wennman, pemenang anugerah photojournalist dari Stockholm, telah menerbitkan satu siri foto yang menceritakan apa yang terjadi kepada kanak-kanak di Timur Tengah dan pintu-pintu masuk Eropah selepas melarikan diri dari konflik di Syria. Siri yang dinamakan “Where The Children Sleep” ini memerlukan beliau travel ke kawasan-kawasan di mana kanak-kanak dan keluarga mereka melarikan diri untuk mendapatkan cerita mereka.

Dalam satu temubual bersama CNN, Wenman berkata walaupun konflik yang berlaku sukar untuk difahami oleh orang ramai, tapi satu perkara yang mudah untuk difahami ialah kanak-kanak memerlukan tempat yang selamat untuk tidur.

Juliana, 2 tahun, Horgos, Serbia

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-18

Kanak-kanak ini tidur dalam cuaca 34 darjah Celcius. Dengan lalat berterbangan, kanak-kanak ini hanya diselimuti oleh selendang nipis ibunya.

Ahmad, 7 tahun, Horgos/Roszke

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-16

Rumah mereka di Idlib di bom dan Ahmad survive manakala adiknya tidak. Hidup tanpa rumah memaksa Ahmad dan ayahnya menjadi pelarian. Gambar ini diambil pada hari ke-16 mereka menjadi pelarian. Mereka telah tidur di perhentian bas, atas jalan dan dalam hutan.

Moyad, 5 tahun, Amman

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-10

Moyad, 5, dan ibunya dalam perjalanan ke pasar di Dar’a untuk membeli tepung. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila terkena bom ketika melepasi sebuah teksi yang telah dipasang bom, Ibu Moyad mati ditempat kejadian. Moyad diterbangkan ke Jordan untuk rawatan kecemasan kerana serpihan bom tertusuk dalam kepala, belakang dan pelvisnya.

Maram, 8 tahun, Amman

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-19

Maram baru saja pulang dari sekolah apabila peluru berpandu mengenai rumahnya. Bumbung yang runtuh jatuh atas kepalanya. Ibunya menghantar ke hospital dan dari situ, dia dibawa ke Jordan. Akibat daripada kejadian itu Maram mengalami pendarahan otak dan koma selama 11 hari. Kini, dia sudah sedar tapi rahangnya patah dan tidak boleh bercakap.

Fara, 2 tahun, Azraq

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-6

Fara meminati bola sepak. Ayahnya akan cuba membuat bola dengan apa saja yang boleh dibuat. Dia selalu mengucapkan selamat malam kepada Fara dan kakaknya Tisam, 9 tahun dengan harapan akan ada bola yang lebih baik keesokkannya untuk mereka bermain. Fara tidak pernah give up dengan bola walaupun kehidupan mereka dan impian mereka yang lain seakan-akan sukar dicapai sekarang.

Amir, 20 bulan, Zahle Faydawhere-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-21

Amir, 20 bulan, lahir sebagai seorang pelarian. Ibunya percaya Amir trauma sejak dalam rahim. Amir tidak pernah bercakap sepatah perkataan. Mereka tinggal dalam khemah plastik.

Shiraz, 9 tahun, Suruc

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-7

Shiraz baru berusia 3 bulan apabila mula menghidapi demam yang teruk. Doktor mengesahkan dia mengidap polio dan menasihatkan ibu bapanya untuk tidak menghabiskan duit terlalu banyak untuk ubat pada budak perempuan yang “tiada lagi peluang untuk hidup”. Selepas itu, peperangan berlaku dan ibunya, Leila mula mendukung Shiraz ke sempadan dari Kobane ke Turki. Shiraz, kanak-kanak yang tidak boleh bercakap ini tinggal atas buaian kayu di kem pelarian. Dia baring di situ, siang dan malam.

Shehd, 7 tahun

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-12

Shehd suka melukis, tapi sejak kebelakangan ini, lukisannya mempunyai tema yang sama iaitu senjata. Shehd melihat senjata di mana-mana saja dan setiap masa. Sekarang dia tidak melukis lagi sejak menjadi pelarian. Menurut keluarga Shehd, jadi pelarian lebih sukar dari tinggal di Syria. Gambar menunjukkan Shehd sedang tidur di sempadan Hungary.

Walaa, 5 tahun, Dar-El-Ias

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-3

Kanak-kanak perempuan ini mahu pulang ke rumahnya di Aleppo kerana dia tidak pernah menangis waktu tidur malam di sana. Di kem pelarian, Walaa menangis setiap malam.

Ralia, 7 dan Rahaf, 13 tahun, Beirut

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-8

Ralia dan Rahaf tinggal di atas jalan di Beirut. Mereka datang dari Damascus, di mana bom tangan telah membunuh ibu dan abang mereka. Bersama ayah, mereka telah tidur di atas jalan selama setahun.

Ahmed, 6 tahun, Horgos, Serbia

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-2

Ahmed tertidur atas rumput ketika gambar ini diambil sementara yang dewasa sedang merangka rancangan untuk keluar dari Hungary tanpa melalui pengawal. Ahmed kini dijaga oleh bapa saudaranya sejak ayahnya terbunuh di kampung halaman mereka Deir ez-Zor di utara Syria.

Abdullah, 5 tahun, Belgrad, Serbia

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-4

Abdullah mengidapi penyakit berkaitan darah yang membuatkannya mudah penat dan tidak sihat tapi ibunya tidak mempunyai wang untuk membelikannya ubat. Dia juga masih trauma kerana melihat sendiri pembunuhan kakaknya di rumah mereka di Daraa. Abdullah hanya tidur di luar Central Station di Belgrade.

Lamar, 5 tahun, Horgos, Serbia

where-children-sleep-syrian-refugee-crisis-photography-magnus-wennman-14

Keluarga Lamar dalam perjalanan untuk membeli makanan apabila sebuah bom jatuh berhampiran rumah mereka. Mereka merasakan tidak lagi selamat untuk tinggal di situ. Selepas dua kali percubaan merentasi laut menggunakan bot kecil dari Turki, mereka akhirnya berjaya sampai ke sempadan tertutup Hungary. Sekarang Lamar tidur atas selimut di dalam hutan.

Kredit : The Vocket

Tags: , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *