Kenyataan Obama Dalam Isu LGBT MENGHINA Malaysia Sebagai Negara Berdaulat !!!

| November 22, 2015 | 0 Comments

Kenyataan Obama Dalam Isu LGBT MENGHINA Malaysia Sebagai Negara Berdaulat !!!BANGI, Ahad – Pusat Penyelidikan Hak Asasi Manusia dan Advokasi (CENTHRA), Gabungan Peguam-Peguam Isma (iPeguam) dan Profesional Muda (YP) meluahkan rasa terkejut, marah dan terganggu apabila membaca kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bahawa negara ini patut menghormati hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai hak asasi.

OBAMA-1

Kenyataan Obama yang kononnya dibuat sebagai respon kepada pertanyaan oleh Dara, seorang pemuda gay dari Thailand, di majlis US Young Southeast Asian Leaders (YSEALI) di Kuala Lumpur adalah jelas satu penghinaan kepada status Malaysia dan negara-negara lain di kawasan Asia Tenggara, sebagai entiti negara berdaulat dengan nilai-nilai sendiri, berdasarkan budaya dan agama mereka sendiri.

“Kami percaya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dibuat secara sedar, membuatkan ia lebih keji dan menjijikkan. Kenyataan beliau, tidak kira apa konteks sekalipun adalah menyinggung dan tidak sensitif terhadap ciri-ciri asas negara ini.

“Asas bagi undang-undang adalah syariah, berdasarkan Islam bagi umat Islam dan ajaran pelbagai agama bukan Islam seperti Kristian, Buddha dan Hindu bagi orang bukan Islam. Seterusnya, Islam adalah unsur asas kewujudan Malaysia, seperti Perkara 3 (1) Perlembagaan jelaskan. Ajaran Islam serta agama yang lainnya yang diamalkan dalam Malaysia jelas melarang mana-mana tanggapan hubungan seks sama jantina, apatah lagi perkahwinan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pihak ini menggesa agar Obama segera menarik balik kenyataan keji beliau dan membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia berikutan hal ini.

Selain itu mereka juga ingin Obama dedahkan langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan keselamatan umat Islam seluruh dunia berhubung isu Islamopohobia yang semakin meningkat.

“Kami juga menuntut untuk mengetahui langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan keselamatan umat Islam memandangkan trend Islamophobia semakin menjadi akar di arus perdana Amerika Syarikat,” kata mereka.

Jumaat lalu, Obama berkata polisi kerajaan patut melayan semua sama rata di sisi undang-undang, termasuk golongan LGBT.

SUmber :Isma

Tags: , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi, Politik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *