‘Saya Diterkam Dan Diacukan Pisau’ Ini Yang Terjadi Kepada Saya Dalam Kejadian Samun Itu !!!

| November 19, 2015 | 0 Comments

‘Saya Diterkam Dan Diacukan Pisau’ Ini Yang Terjadi Kepada Saya Dalam Kejadian Samun Itu !!!…PUTRAJAYA – Seorang penjawat awam disamun di rumahnya di kuarters penjawat awam blok 5R1 tingkat 15 di Presint 5, jam 5.30 petang Selesa lalu.

PUTRAJAYA 18 November 2015. Mangsa kes samun Hanisah Abdullah menunjukkan barang yang ditinggalkan oleh saspek di Apartment 5R1, Presint 5, Putrajaya. NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor.

Mangsa, Hanisah Abdullah, 26, Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan, yang baru pulang dari tempat kerja ke rumah rakan yang ditumpanginya sejak beberapa bulan yang lalu diterkam oleh suspek dari belakang, ditiarapkan sebelum tangannya diikat menggunakan wayar.

Pada awalnya, mangsa mendapati pintu jeriji masih dikunci dengan mangga kunci tetapi pintu kayu rosak dan tidak berkunci. Apabila masuk ke dalam, dia diterkam secara tiba-tiba dari belakang.

“Selepas tangan dikat, penyamun itu berbisik menyuruh saya diam. Malah menakutkan saya dengan mengacukan pisau.

“Saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam. Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah,” katanya.

Suspek mengambil masa 10 minit menyelongkar rumah tersebut dan melarikan pelbagai barangan seperti wang tunai serta barang kemas.

Mangsa hanya dilepaskan setelah rakannya pulang ke rumah dan membantunya melepaskan ikatan, sebelum membuat laporan kepada polis.

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *